JENIS FAKTA
Contoh karangan:
Menjaga Kebersihan
Kebersihan amat penting dalam kehidupan kita. Setiap orang mesti menjaga kebersihan diri dan alam sekitar. Jika tidak, kita akan mudah dijangkiti penyakit seperti penyakit kulit, cirit-birit, demam denggi dan sebagainya.
Setiap orang harus menjaga kebersihan diri. Kita mesti mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan menggosok gigi setiap kali selepas makan. Pakaian yang kita pakai haruslah dicuci dengan bersih.
Selain itu, kebersihan alam sekitar juga harus dijaga. Sampah sarap harus dibuang ke dalam tong sampah. Longkang-longkang rumah perlu selalu dibersihkan supaya mengelakkan pembiakan nyamuk.
Amalan menjaga kebersihan amat penting untuk semua orang. Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan diri dan alam sekitar agar kesihatan terjamin.


