CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 29 Disember 2011

SINONIM DAN ANTONIM

SINONIM

Tuan Puteri dengan Putera Katak

      Pada zaman dahulu, tinggal (diam, menetap) seorang puteri yang cantik (jelita, rupawan) di dalam sebuah negeri. Pada suatu petang, dia bermain bola emas dengan dayang-dayangnya di tepi kolam. Tiba-tiba, bola emas itu terjatuh ke dalam kolam. Tuan Puteri menangis di tepi kolam itu. Tidak lama kemudian, seekor katak melompat keluar dari kolam itu. Dia berjanji (berikrar) akan membawa bola emas tersebut balik (kembali, pulang) jika Tuan Puteri bersetuju untuk berkahwin dengannya. Syarat itu dipersetujui oleh Tuan Puteri. Katak itu pun kembali menyelam ke dalam air.
      Sebentar kemudian, katak itu kembali dengan bola emas yang hilang itu. Tuan Puteri sangat gembira (suka, riang). Katak itu diciumnya. Tiba-tiba katak itu menjelma (bertukar, berubah) menjadi seorang putera yang kacak (tampan, segak gagah). Mereka akhirnya berkahwin dan tinggal di istana dengan amannya (damai, tenteram, sentosa).


ANTONIM

ULAR        : Bangau, oh bangau! Mengapa engkau kurus? (1)
BANGAU  : Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul. (2)
ULAR        : Ikan, oh ikan! Mengapa engkau tak timbul?
IKAN        : Macam mana aku nak timbul, rumput panjang sangat.
ULAR        : Rumput, oh rumput! Mengapa engkau panjang sangat? (3)
RUMPUT  : Macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku.
ULAR       : Kerbau, oh kerbau! Mengapa tak makan rumputt?
KERBAU  : Macam mana aku nak makan, perut aku sakit.
ULAR       : Perut, oh perut! Mengapa engkau sakit? (4)
PERUT     : Macam mana aku tak sakit, makan nasi mentah.
ULAR       : Nasi, oh nasi! Mengapa engkau mentah? (5)
NASI        : Macam mana aku tak mentah, kayu api basah.
ULAR       : Kayu, oh kayu! Mengapa engkau basah? (6)
KAYU      : Macam mana aku tak basah, hujan timpa aku.
ULAR       : Hujan, oh hujan! Mengapa timpa kayu?
HUJAN    : Macam mana aku tak timpa, katak panggil aku.
ULAR      : Katak, oh katak! Mengapa panggil hujan? (7)
KATAK   : Macam mana aku tak panggil, engkau nak makan aku.

(1) gemuk  (2) tenggelam  (3) pendek  (4) sihat  (5) masak  (6) kering  (7) halau

Kurikulum Bahasa Melayu

         Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan.
          Pendidikan bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi.
          Kurikulum bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir.
          Matlamat kurikulum bahasa Melayu adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu murid sekolah rendah dapat menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia)